SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA MADRASAH DARIL-NNAIM (PONDOK)



Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalmualaikum w.b.t

Segala puji-pujian bagi Allah yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan Salam dituju khas kepada junjungan besar Muhammad s.a.w. Syukur Alhamdulillah, di atas taufik dan hidayah, limpah dan kurnia, izin dan inayah Allah Subhanahu Wataalla, sebuah lagi Institusi Pengajian Islam sistem Pondok dapat dibangunkan di Kelantan, Malaysia yang dinamakan Madrasah Daril-NNaim (Pondok). Kewujudan Madrasah Daril-NNaim(Pondok) adalah di atas kesedaran dan keinsafan yang mendalam di atas kepentingan pengajian Islam kepada semua peringkat. Justeru itu Pengerusi dan Ahli Jawatan kuasa berhasrat menghulur tangan untuk memberi bantuan kepada masalah sosial yang melanda masyarakat hari ini. Tujuan Penubuhan. Pembinaan Masjid Daril-Nnaim di atas tujuan dan matlamat berikut :

Atas alasan mengembalikan semula warisan Pendidikan Islam dengan segala ciri-ciri keistemewaan yang hampir lenyap.
Untuk menjadikan sebuah Pusat Pengajian Islam dan Pendidikan Islam bagi semua peringkat umur dengan segala persediaan pembelajaran yang diizinkan demi menyediakan masa depan yang lebih cerah, jelas dan terbuka.
Untuk mengambil peranan dan tanggungjawab Pusat-Pusat Pengajian Islam Tradisional dengan ciri-ciri pendidikan yang berharga yang mana telah hilang atau lenyap ditelan masa.
Untuk membantu atau meringankan bebebanan pihak pemerintah dalam menyelesaikan beberapa masaalah kepincangan masyarakat yang dihasilkan oleh kepincangan dasar pendidikan itu sendiri.
Menjadi 'Pusat Latihan Keperibadian Islam' yang menyediakan berbagai bentuk latihan yang positif bagi menjamin pembentukan insan yang bertanggunjawab.
Untuk melahirkan insan-insan yang sanggup berdikari menerusi latihan-latihan kemahiran dalam kegiatan pertanian, perternakan, perusahaan, pertukangan dan seumpanya.

Sumber kewangan untuk membiayai projek tersbut adalah diharap daripada sumber-sumber berikut ;

Bantuan dari Kerajaan Negeri
Derma dan Sumbangan Orang Ramai
Derma dari Badan-Badan Koporat
Derma atau Bantuan daripada Negara Islam Asing

Bagi pihak Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa, saya memohon dan merayu kepada tuan/puan agar dapat menghulur bantuan kewangan untuk menjayakan Institusi yang dirancang ini. Semoga usaha yang suci ini menemui tujuan dan matlamat dengan jayanya. Di atas sumbangan tuan/puan, hanya Allah sahaja yang akan menghitunag ganjaranya kelak. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa hanya mampu dan berupaya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga .

Sekian Wassalam.

YUSOFF BIN HAJI IBRAHIM
Setiausaha
Madrasah Daril-NNaim (Pondok)



| Kandungan | Perspektif | Permandangan | Kemajuan | Rayuan Derma |

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau komen,
anda bolehlah e-melkan kepada kami di alamat berikut :
[email protected]